Entry: ~hari ke 6~ Wednesday, March 21, 2007



          Hari ke 6 ni kakak n da geng mula bekerja...pepagi lagi dah bangun...lepas solat subuh mereka terus pegi keje...emmm patot arr time cuti2 lepas solat subuh mereka sambung tidur sampai kol 10..kata mereka mengelak dari jem...hemmm...tapi yg besnya mereka ni sporting tol...bersiap2 tanpa on lampu guna lampu toilet je...iskkkk segan lak aku mereka wat mcm tu...aku terus bgn n terus wat sarapan utk mereka tapi mereka tak kasi..kata mereka cukuplah minum air suam je pepagi..mereka lak suruh aku sambung tidur..fuhhh...

            Kol 6.30pg msg dari mr.gagak lagi..katanya nak jumpa aku pagi tu sebelum aku turun KL..hemmm..aku balas msg kata x nak susahkan org kalau jauh dari tempat aku..dia kata dekat je dalam 15 mnt mcm tu..uikkk dekatnyaaaaa ahaksss..aku pun kat oraitttt asal dia sudi je..ahakss..tapi dia kata time kol 7 masih gelap lagi..k arrr jumpa dalam kol 8...bila nak turun flat aku kol dia n tanya dia dah sampai ke lom..uikkk masih kat rumah lagi..iskkk...aku ckp kalo lewat sgt kang aku lewat sampai KL n sikit lak masa aku dgn BB...dalam 10minit berlalu dia kol aku tanya aku kat mana...dia dah masuk ke Bandar Baru Bangi...aku terangkan mana tempat aku...ahaksss...dia salah tempat lak tunggu aku..alahaiii..weiii cepat arrr dah x larat aku jadi model kat tepi jalan ni..ekekekek aku anta msg kat dia....tetiba aku terkejut bila dgr hon kereta...iskkk rupanya si gagak yg dah sampai...manalah aku prasan dulu 1st time jumpa n tumpang keter dia kaler itam..ari tu merah lak..hehehhe..

            Ahakss aku rasa dia terkejut kot bila dia tengok aku ada bawak org...aku tgk muka dia berubah so aku bgth yg aku bawak tu anak sedara aku...hmmm.. baru dia senyum2..hehehe...dia pun ajak kami sarapan pagi sesama memandangkan dia belum sarapan lagi..hemmm jap aku nak tanya BB sama ada dia dah kuar lom...bila BB kata dia ada keje sikit pagi tu so aku pun setuju sarapan sama...aku tunjuk arr tempat tu...ahaksss..mcm arr aku tau..tapi tempat tu memang dkt dgn tempat kakak aku pon bab tu aku tahu..hemmm kami pekena nasi lemak pagi tu...boleh tahan rasanya...time makan2 tu byk gak arr yg kami bualkan..mula2 jumpa n sampai sekarang ni..hehehe...tapi yg aku bengang kat dia nih...dia asyikkk tanya aku...kalau pegi rumah aku guna bot panjang ambik masa brapa jam...iskkkkk dah bape kali dah aku ckp, pegi rumah aku mana ada guna air...keter landing terus muka pintu rumah aku..ahakssss...tapi memang aku tahu pun dia sengaja ckp mcm tu...dia suka arr tgk aku marah2..kang aku marah terus kang..hehehhee...uikkk tak terasa lak duduk situ sampai 2jam..hehehe..aku pun ajak dia kluar bab aku nak jumpa BB lepas tu...iskkk dia lak yg keberatan katanya lom puas borak2...ahakss...tak pe arr len kali jumpa lagi..ari ni aku ada hal len lagi..so dia pun setuju gak..

            Masuk keter dia minta maaf bab tak dpt antar aku kat KL..dia cuma dpt anta kat Kajang je..hemmm tak pe aku paham..dia baru abis keje malam...aku kata nanti aku naik teksi je pegi kajang tapi dia tak kasi...dia suh aku guna LRT tapi aku xnak bab aku tak tahu..tak biasa guna..hehehehe...aku kalo nak pegi KL guna bas je dari Kajang...hahahhaah ketinggalan gak aku ni...so dia pun anta aku kat kajang...hemmmm...sampai kat kajang dia anta kat stesen bas pegi KL...iskkkk caring gak si gagak ni..ekekkeke...so berpisahlah dgn gagak di situ...hahahaha..dia anta kami masuk dalam bas dgn ekor matanya...maka lambaian terakhir pun berlaku..hehehe...

            Iskkkkk guna bas ni banyak lak budak indon...ada permit tak mereka ni...aku bertanya dalam ati...mengalahkan org mesia je mereka ni...bising2 lak dalam bas...hemmm...nak wat macam mana guna bas je aku tahu..ekekeke...sabo je lah...tiba di KL...aku kol adik manje aku..tanya dia dah turun lom..sungai besi kan jauh pon bab tu aku malas nak kol dia dulu...aku x nak dia lama tunggu aku..biar aku tunggu dia...dia ni jenis yg tak kuar rumah sgt..kang risau lak aku bila pk dia tunggu aku sorang2...bila dia kata dia kat jalan Hang Tuah ada hal sikit aku rasa bersalah lak...ye lahhh aku ganggu dia wat keje...aku ada gak bgth kat dia, kalau dia ada keje aku tak mo ganggu tapi dia nak gak jumpa aku...katanya kan keje dgn org lain pun..bisnes sendiri..alahaiiii...so aku bgth dia aku tunggu dia kat Mydin..aku nak beli barang sikit....tak lama lepas tu hp aku berbunyi..mesti adik manje aku kol...hehehe..tol arr dia tanya aku kat mana..kat mydin mana..so aku bgth aku kat mydin yg berdekatan dgn Pudu...hemm..sampai kat mydin tu dia kol lagi tanya aku kat mana...iskkkk dag..dug..lak aku...weiiii 1st jumpa woooooo....dah lama kenal tapi jumpa lom lagi..ekekekkee...aku pun bgth yg aku kat tingkat bawah sekali..dia pun kata yg dia kat situ gak...weiiiii...rupa2nya kami berdekatan...kami membelakangi satu sama lain...bila aku toleh belakang, aku tgk dia mencari2 aku...aku terus sergah dia...uwaaaaa....iskkk...bermulalah detik terharu,gembira n ape2 jelah...

            Iskkk memang manjeeee arr adik aku tu..ekekeke..lepas abis beli barang2..dia pun ajak kami pegi Sogo...tiket LRT dia bayo..hehehe...aku bayo dia tak nak...pasti tu ajak p makan di McD.. iskkk awatlah tak habaq awal2 nak pegi McD..leh arr kosongkan perut..tgk aku order kentang,mereka pun cuma order itu gak...ehh, along tak nak makan ker??..kang lapar lak..alahaiii kalau along lapo lagi along tak nak makan kentang tau..along order byk2 sekali..hemmm aku jawab...byk citer yg kami bualkan...gelak2..tampar2 manjeee..ekekkeke...terlepas rindu ngan along tau...kalau x jumpa gak tak tahu lah alang nak wat apa...ahaksss..masih lagi dia ulang ayat tu...dah ler tu..dah jumpa dah tak yah nak ugut manjeee..ahakss..abis makan kami pusing2 kat sogo...tgk2, mana tau ada yg berkenan...hmmmm singgah kedai buku...aku ni kalau kedai buku, memang aku suka masuk..aku tinjau2 buku citer...hemmm dpt satu buku citer...KEMANA HATIMU...tgk sipnosis mcm bes, so aku beli...n then aku tinjau2 lagi...beli 5 buah buku aktiviti utk anak sedara aku...ahakss..kalo aku ada anak mcm manalah agaknya ekkk...time ni bila beli barang sikit2 mesti ingat dgn anak sedara...mesti nak beli utk mereka gak...hehehehe...

            Aku tengok BB pun beli buku utk adik dia gak...hemmm...prihatin gak dia ni..ahakss..lepas bayar pe sumer, kami jln2 lagi...sambil jalan kami borak2...sayang lak masa tu kalau berlalu mcm tu je...kang nyesal lak..hehehe...abis satu sogo kami ronda, aku pun ajak balik kang tak sempat lak naik bas balik Kajang...sebelum balik dia ajak aku pegi makan lagi..iskkk..nak makan apa lagi alanggg..along dah kenyang lah..kang tak larat lak nak jalan..along masih kenyang..alahaiii dia ni...jaga along kalau kata alang tak blanje along...alang kan dah janji nak blanja along..hehehe..alaaaa xde arr mcm tu sekali...cukup arr dah jumpa2 kan...ahakss...

            Kami pun pegi ke stesen bas nak balik Kajang....bila sampai aku suruh BB balik dulu takut nanti lewat sgt dia balik tambahan hari nak hujan...kite pun salam2...peluk2..laga2 pp gitu...hahahahhaha...alahaiii...pstttttt kalo nak tahu aku kan biasa wat mcm tu melainkan dgn mak aku je..ada gak member2 dulu wat mcm tu kat aku..wakakakaka..rasa janggal lak aku...tapi oleh kerana x nak dia 'frust' aku wat gak...hemmm...akan ku kenang saat berjumpa dgn adik maya aku...ahakss...

   3 comments

fatamorgana
September 15, 2008   11:29 PM PDT
 
ALLAH YANG ESA dan MAHA MULIA lagi MAHA TINGGI dan MAHA BESAR.
DIA-lah YANG ESA; DIA-lah YANG DITUJU; DIA TIDAK BERANAK dan TIDAK DIPERANAKKAN. Tiada sesuatupun yang serupa dengan-NYA.
Tiada sesuatupun yang serupa dengan-NYA. Tiada sesuatupun yang serupa dengan-NYA.

Aku bersyahadah: "ASYHADU ANLA ILAHA ILLALLAH. WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH."
Aku berbai'ah: "WA ASYHADU ANNA 'ALIYYAN WALI WA WASI AL-RASUL WA KHALIFATA BIL-HAQ."

wa alhamdulillahir Rabbil 'alamin; inna lillahi wa inna lillahi raji'un; wala hawla wala quwwata illa billah
Salam hanya kepada para mukmin yang takwa dan mukminat yang takwa.
SALAMUN'ALAIKA. salam dari-NYA; salam hak-NYA; salam dikembalikan pada-NYA.

PERKARA ANTARA DUA PERKARA
Disebut di sisi Imam al-Ridha (a.s) tentang al-Jabr dan al-Tafwidh. Maka, beliau berkata: "Aku akan memberi kepada kamu asas perkara ini. Kamu tidak akan bertengkar mengenainya melainkan kamu memusnahkannya."
Kami bertanya: "Apakah pendapat anda mengenainya?"
Beliau berkata: "Sesungguhnya, ALLAH tidak ditaati dengan paksaan, dan tidak ditentang dengan kekuatan, Dia tidak mengabaikan hamba-hamba-NYA di dalam kerajaan-NYA, DIA-lah Pemilik manakala DIA memberi mereka hak milik. Dan DIA-lah Penguasa manakala DIA memberi kepada mereka kuasa ke atas sesuatu. Apabila hamba-hamba-NYA mahu melakukan ketaatan, maka ALLAH tidak menjadi penghalang kepadanya (ketaatan), dan penentangnya. Jika mereka mahu melakukan maksiat dan jika ALLAH mahu menghalang mereka, maka DIA boleh melakukannya, dan jika DIA tidak mahu (syaa), dan mereka melakukannya, maka DIA bukanlah yang membuatkan mereka melakukannya."
Kemudian beliau berkata: "Sesiapa yang memahami garis sempadan percakapan ini, maka beliau telah menentang mereka yang menyalahinya."


CATATAN AL-GHAZALIE
Aku mengasihi semua sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, sama seperti aku mencintai sanak saudaraku. Seorang sahabat yang baik adalah manusia yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.?

Ketahuilah mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Jika tidak ketemui sahabat yang beriman dan bertakwa, aku lebih rela hidup menyendiri.?

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan seseorang yang mesti ku waspadai kejahatan mereka.?

Ingatlah wahai saudara Islamku sekelian, tenanglah kamu dalam menghadapi perjalanan hidup ini. Sepanjang usiaku yang semakin tua, semakin sukar aku temukan di dunia ini sahabat sejati. Ku tinggalkan orang jahat kerana banyak kejelekannya dan kujauhi orang (sesetengah) berkedudukan kerana kebaikannya sedikit.?

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai dengki, hatiku lega dan jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku lalu di depanku, aku menghormatinya. Semua itu kulakukan supaya aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan dan kemungkaran.?

Aku tunjukkan kemarahan, kesopanan dan persahabatanku kepada orang yang kubenci sama seperti kuperlihatkan hal itu kepada orang yang kucintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan berjangkit apabila kita mendekati mereka. Namun, menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan dan silaturahim.?

Kadangkala aku terfikir mudah-mudahan aku dapat bersahabat dengan anjing kerana walaupun hina, ia masih menunjukkan jalan kepada majikannya yang tersesat. Bukan seperti manusia jahat yang selama tidak akan memberi petunjuk.?

Selamatkanlah dirimu! Jagalah! Lidahmu baik-baik kerana kamu akan bahagia, walaupun kamu terpaksa hidup sendiri di muka bumi ini. Lebih baik kamu bersendiri daripada mendekati manusia yang menipu dan memperdayakanmu.?

Jika seseorang tidak dapat menjaga maruah dan nama baiknya kecuali dalam keadaan dipaksa oleh orang lain, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Ramai orang lain dapat menjadi penggantinya.?

Berpisah dengannya bererti beristirehat. Dalam hati masih ada kesabaran, meskipun memerlukan daya usaha yang keras untuk mempertahankannya. Tidak semua orang yang kamu sukai, menyukaimu dan sikap ramahmu, kadangkala dibalas dengan sikap biadap.?

Jangan bersahabat dengan pengkhianat kerana dia tidak memperdulikan kesetiaan. Dia akan memungkiri jalinan kasih yang dibina dan menampakkan hal yang kelmarin menjadi rahsia sulit.?

Selamat tinggal dunia jika di atasnya tidak lagi ada sahabat jujur dan menepati janji. Biarlah hidup bersendirian daripada mengkhianati manusia. Bersegeralah mendekati orang-orang mulia supaya kamu beroleh kemuliaan hidup di dunia ini.?


PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar
bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.


CATATAN AS-SYAFIEE
?Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

?Mencari sahabat pada waktu susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?" Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

?Pasang surut persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Apabila tidak ke temu sahabat yang Takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

?Sukarnya mencari sahabat sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

?Sahabat sejati pada waktu susah
Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

?Rosaknya keperibadian seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.

?Menghormati orang lain
Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

?Menghadapi musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada dihadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.

?Tipu daya manusia
Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

?Tempat menggantungkan harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk ALLAH. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.

?Menjaga nama baik
Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yangengkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

"Anda harus mengelak dari bersahabat dengan [orang tolol] kerana ia berniat untuk memberi manfaat kepada anda tetapi ia akan [merugikan anda]; Anda harus mengelak dari bersahabat dengan [orang kikir] kerana ia [melarikan diri] dari anda ketika anda paling memerlukannya; Anda harus mengelak bersahabat dengan [orang pendosa] kerana ia akan menjual anda dengan [cuma-cuma]; Dan anda harus mengelak diri bersahabat dengan [pembohong] kerana ia adalah seperti [bayangan khayali] membuat anda merasakan barang yang jauh seperti dekat dan barang yang dekat seperti jauh."

Barangsiapa menuntut pertanggungjawab dirinya sendiri, akan beruntung; Barangsiapa mengabaikannya, akan menderita; Barangsiapa merasa bimbang, maka ia akan aman; Barangsiapa mengambil pelajaran (dari keadaan sekitarnya), akan beroleh cahaya; Barangsiapa beroleh cahaya, maka ia beroleh pengertian; dan Barangsiapa beroleh pengertian, maka ia beroleh pengetahuan.?

allahumma shalli 'ala muhammad wa 'ali muhammad
allahumma shalli 'ala muhammad wa 'ali muhammad
allahumma shalli 'ala muhammad wa ahlil baitihin
inna lillahi wa inna lillahi raji'un

WA 'ALAIKA WA 'ALAIHI AL-SALAM
FATAMORGANA @ tokL4K1
http://puncak-kefasihan.blogspot.com
ochee
May 14, 2007   08:39 AM PDT
 
ko citer ape ni? ngantoks aku.. muahahaha...
ochee
May 14, 2007   08:38 AM PDT
 
ko cite ape ni?? ngantoks aku.. hahaha.. :P

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments